Perkenalan Kami
Rekod Pengalaman Kejayaan Urus Niaga
Kami menyediakan perundingan tanah secara profesional bagi membantu pemilik tanah dan pembeli membuat keputusan terbaik dalam urus niaga di Negeri Sembilan.
Rekod Testimoni Kejayaan
Lebih 100+ pelanggan mempercayai kami
Kami berbangga kerana lebih daripada 100 pemilik tanah telah menggunakan khidmat kami. Setiap transaksi dijalankan dengan penuh kejujuran, ketelusan dan profesionalisme, menjadikan Niaga Tanah NS sebuah jenama yang dipercayai dalam urus niaga tanah di Negeri Sembilan.
Rekod Perkhidmatan Rasmi dalam Urusan Pengambilan Tanah Estet
Sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Penyelesaian di bawah Akta Pengambilan Tanah bagi kawasan Ladang Sime Darby Tampin–Linggi, Mukim Linggi, Port Dickson, saya telah berkhidmat serta memberi sumbangan secara sukarela selama 17 tahun dalam memperjuangkan permohonan pengambilan tanah tersebut.
Hasil usaha berterusan dan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya sebanyak 75 geran tanah telah dianugerahkan kepada penduduk setempat yang layak.
Pencapaian ini menjadi satu detik bersejarah serta saksi nyata kepada perjuangan dan pengorbanan kami demi masyarakat kampung, agar mereka dapat memiliki hak milik tanah sendiri secara sah dan kekal.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan serta semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan usaha ini.
